Alhamdulillah.. syukur pada Allah kerana masih di beri kesempatan untuk berpuasa dan menikmati keindahan bulan yang mulia ini.. Semoga mendapat lebih keberkatan pada tahun ini.. InsyaAllah..
Terawaih pertama dh pun bermula semalam.. Walaupun xdpt nak bersama-sama jemaah menunaikan solat Terawih tp x bermakna tak boleh buat kat rumah sorang2. Solat sunat Terawih sama juga mcm sunat2 yang lain.. boleh di buat secara persendirian mahupun berjemaah.. Bagi ibu2, mama2, umi2 di luar sana yang ada anak kecik mcm sy, memang xdpt lah nak pergi berTerawih kat masjid kan.. Tp kita tetap boleh terawih kat rumah.. =)
Bercerita pasal bulan Ramadhan ni, x sah kalo x pegi Bazar Ramadhan @ Pasar Ramadhan kan. Tp berpesan pada diri sendiri supaya tidak membazir.. Nanti kurang pahala puasa..hehehe
Sempena bulan yang mulia ni, kita di galakkan untuk banyakkan baca Al-Quran dan bersedekah.. Ganjaran x sama pd bulan2 yang lain.. Ehm.. marilah kita menambahkan pahala di bulan yang mulia dan penuh keberkatan ini. Kepada sesiapa yang inginkan bantuan semasa membaca Al-Quran, bolehla dapatkan Al-Quran Digital.. Untuk beli boleh hubungi terus dengan saya atau klik pada iklan Al-Quran Digital di sebelah.. =)